SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JEMPOL DAN JELEBU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


INFO/KEJAYAAN/AMALAN BAIK/BANNER DIGITAL PPD JEMPOL DAN JELEBU TAHUN 2024


INFO/KEJAYAAN/AMALAN BAIK/BANNER DIGITAL PPD JEMPOL DAN JELEBU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 2024


PENCAPAIAN PPD DAN SEKOLAH TAHUN 2022

Tuesday 16 January 2024

IKLAN TERKINI PPD JEMPOL DAN JELEBU (BULAN JANUARI TAHUN 2024)

 MYStep (Guru Ganti) Tahun 2024

Untuk makluman, pengambilan Personel MyStep (Guru Ganti) Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu bagi Tahun 2024 akan diproses secara online melalui portal MyFutureJobs, Kementerian Sumber Manusia melalui pautan https://myfuturejobs.gov.my/ms/utama/

Sehubungan itu, calon-calon yang berminat untuk mengisi jawatan Personel MyStep Guru Ganti bagi daerah Jempol dan Jelebu perlulah mendaftar dahulu di dalam portal berkenaan. Iklan kekosongan dan keperluan guru ganti akan tersenarai di dalam portal tersebut dengan membuat carian mystep dan memilih lokasi Negeri Sembilan. Setiap kekosongan mengikut sekolah akan dipaparkan dalam portal berkenaan dan calon boleh memohon secara terus di dalam portal tersebut mengikut lokaliti atau kelayakan calon dan calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga dan diberi surat tawaran.

Sebarang pertanya boleh menghubungi pegawai meja MyStep PPD Jempol dan Jelebu di talian 06-4583589.

Langkah-langkah untuk memohon jawatan Personel MySTEP Guru Ganti PPD Jempol dan Jelebu 2024

1. Mendaftar di portal https://myfuturejobs.gov.my/ms/utama/ (pastikan proses pendaftaran lengkap dengan memasukkan maklumat yg dikehendaki)

2. ⁠Membuat carian di portal tersebut dengan menaip MYSTEP di bahagian CARIAN dan taip NEGERI SEMBILAN di bahagian LOKASI.

3. ⁠Senarai sekolah dalam daerah Jempol dan Jelebu yg memerlukan MyStep Guru Ganti akan terpapar. Klik mohon pada sekolah-sekolah yang diiklankan sesuai dengan lokasi/kelulusan pemohon.

4. ⁠Pemohon yang berjaya akan ditawarkan temuduga dan tarikh/tempat temuduga akan dimaklumkan dalam notifikasi di portal tersebut.

5. ⁠Selepas temuduga pemohon akan ditawarkan jawatan Personel MyStep Guru Ganti mengikut sekolah yang dipilih.